Blue Fire Pointer

BAB 1

BAB 1 :PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

1.1 MEMAHAMI BIOLOGI

APAKAH PEMBELAJARAN BIOLOGI??
  1. Biologi adalah satu kajian tentang organisma-organisma hidup.
  2. Perkataan Biologi berasal daripada dua kata dasar Yunani, iaitu bios yang berertiHIDUPAN dan logos yang bererti KAJIAN. 
  3. Biologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang hidupan,persekitaran dan interaksi antara hidupan dengan persekitaran.
KEPENTINGAN BIOLOGI


  • Memahami diri sendiri dan persekitaran.
  • Menghargai dan berterima kasih kepada kepelbagaian benda hidup.
  • Menghasilkan ubat baru untuk mengubati penyakit.
  • Mencipta peralatan perubatan moden dan prosedur untuk merawat pesakit-pesakit seperti teknik hemodialisis.
  • Meningkatkan taraf kesihatan seseorang.
  • Mengklonkan tanaman dan binatang yang berbaka baik.
  • Mengawal dan mengatasi masalah serangga atau haiwan perosak.
  • Menghasilkan makanan yang berkhasiat.
  • Pemprosesan makanan dan pengawetan.
  • pemeliharaan dan pemuliharaan spesis-spesis terancam.

No comments:

Post a Comment