Blue Fire Pointer

BAB 2

BAB 2 :STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 STRUKTUR DAN FUNGSI SEL
  1. Struktur sel tumbuhan pertama kali ditemui oleh ROBERT HOOKE pada 1665.
  2. Penemuan beliau membuktikan bahawa semua organisma hidup terdiri daripada satu atau lebih sel.
  3. Sel merupakan unit asas bagi semua organisma hidup.


                  sel-sel gabus

STRUKTUR SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN
  1. Sel merupakan unit asas bagi hidupan.
  2. Fungsi sel adalah untuk menjalankan proses kehidupan seperti respirasi,perkumuhan,pertumbuhan,dan belahan dedua.
  3. Sel terdiri daripada membran plasma yang mengandungi protoplasma.
  4. Protoplasma terbina daripada sitoplasma dan nukleus.
  5. Struktur sel haiwan:
  • Tidak mempunyai bentuk tetap.
  • Diliputi oleh membran plasma.
  • Setiap sel mempunyai protoplasma yang mengandungi sitoplasma dan nukleus.
  1. Struktur sel tumbuhan.
  • Mempunyai bentuk tetap kerana mempunyai dinding sel.
  • Setiap sel dibalut oleh plasma membran dan dilindungi oleh dinding sel.
  • Setiap sel mempunyai satu nukleus dan sitoplasma.
  • Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang mengandungi klorofil.
  • Mempunyai vakuol besar yang mengandungi sap sel.

Struktur sel haiwan dan sel tumbuhan



FUNGSI KOMPONEN SEL

MEMBRAN SEL
1.       Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran plasma.
2.       Membran plasma terdir daripada protein dan fosfolipid.
3.       Membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar.
4.       Membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
5.       Membran plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih.

DINDING SEL
1.       Dinding sel ialah lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma sel tumbuhan.
2.       Dinding sel terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar.
3.       Dinding sel bersifat telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.
4.       Dinding sel memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan pelindungan kepada sel tumbuhan.
5.       Dinding sel juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.

SITOPLASMA
1.       Bahagian antara nukleus dan membran plasma yang terdiri daripada bahan seperti jeli,,tempat organel sel terbenam.
2.       Sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel.
3.       Sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.

NUKLEUS
1.       Nukleus berbentuk sfera dan mempunyai dua lapisan membran.
2.       Nukleus juga mengandungi nukleoplasma dan nukleolus.
3.       Nukleus sangat penting dalam mengawal segala aktiviti sel.

VAKUOL
1.       Vakuol ialah kantung berisi cecair yang dikelilingi oleh membran separa  telap yang disebut tonoplas.
2.       Cecair yang terkandung di dalam vakuol disebut sap sel. 
3.       Mengandungi air, asid organik,gula,asid amino,garam mineral, bahan buangan,pigmen,dan hasil sampingan metabolisme.
4.       Menyokong tumbuhan herba supaya tidak layu dengan mudah.

MITOKONDRION
1.       Mitokondrion berbentuk sfera atau silinder.
2.       Mitokondrion terlibat dalam respirasi sel
3.       Membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan  dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion.
4.       Merupakan tapak utama penjanaan tenaga.
5.       Mmembebaskan tenaga semasa respirasi aerob.

RIBOSOM
1.       Ribosom merupakan organel berbentuk sfera yang terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar.
2.       Ribosom mengandungi RNA (asid ribonukleik).
3.       Mengsintesiskan protein.

JALINAN ENDOPLASMA
1.       Jalinan endoplasma ialah jaringan membran berlipat yang membentuk tubul yang saling berhubungan.
2.       Membran jalinan endoplasma bersambung secara fizikal dengan membran nukleus.
3.       Terdapat dua jenis jalinan endoplasma, iaitu jalinan endoplasma kasar dan licin.
4.       Jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom pada permukaannya manakala jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom pada permukaannya.
5.       Jalinan endoplasma kasar mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom.
6.       Jalinan endoplasma licin merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksidkan dadah dan racun.

JASAD GOLGI
1.       Jasad golgi berfungsi sebagai pusat memproses,membungkus, dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein.
2.       Vesikel angkutan yang membawa hasil seperti protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung dengan membran jasad golgi dan protein masuk ke dalam ruang membran.
3.       Jasad golgi akan mengasingkan hasil-hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan.
4.       Vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membran jasad golgi dan menuju ke bahagian sel yang lain atau ke membran plasma.
5.       Vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membran plasma sebelum merembes kandungannya keluar daripada sel.

LISOSOM
1.       Lisosom ialah kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis.
2.       Enzim ini menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida dan asid nukleik.
3.       Lisosom juga menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan.
4.       Lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim ke dalam vakuol bagi mencernakan kandungan dalam vakuol.
5.       Lisosom mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria.

SENTRIOL
1.       Sentriol ialah sepasang struktur silinder kecil yang terletak di luar nukleus.
2.       Sentriol terdiri daripada susunan mikrotubul yang kompleks.
3.       Sentriol membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel di dalam sel haiwan.
4.       Sentriol tidak terdapat dalam sel tumbuhan.

KLOROPLAS
1.       Kloroplas berbentuk cakera dan diselaputi oleh dua lapisan membran.
2.       Struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil.
3.       Klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis.
4.       Klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.

PERBEZAAN ANTARA SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

PERBEZAAN SEL

No comments:

Post a Comment